Kepercayaan
orang barat bahawa muzik terutama mozart dapat meningkatkan kecerdasan
sudah diyakini sejak tahuan 1950-an, mitos ini kemudian diteliti secara
lebih serius pada tahun 1990-an. 36 pelajar dalam sebuah kajian di
University of California di Irvine mendengar 10 minit sonata Mozart
sebelum mengambil ujian IQ. Menurut Dr Gordon Shaw, psikologi yang
bertanggung jawab atas kajian ini, skor IQ pelajar naik sekitar 8 mata
akibat dirangsang oleh alunan ajaib muzik Mozart, sejak itulah istilah
"Mozart effect" lahir.
Bahkan di
dalam negeri, tahun 2002 Hermanto Tri Juwono dan pasukannya pernah cuba
pada tikus hamil. Hermanto dkk., Memperdengarkan musik klasik Mozart,
gamelan sampai dangdut. Setelah distimulasi seperti itu, pertumbuhan
sel-sel otak bayi dan ibu tikus diteliti. Hasilnya muzik Mozart memberi
peningkatan jumlah sel lebih tinggi. Musik gamelan nombor dua tertinggi,
sedangkan muzik dangdut peningkatannya yang paling rendah.
Namun
setelah bertahun-tahun, orang mulai ragu akan kesahihan dari 'Mozart
effect' ini dan penelitian tandingan yang menghasilkan kesimpulan
kontradiktif dengan kesimpulan diatassudah dilakukan. Beberapa
penyelidik dari University of Vienna, Austria yakni Jakob Pietschnig,
Martin Voracek dan Anton K. Formann dalam penyelidikan mereka yang
diberi judul "Mozart Effect" mengemukakan kesalahan besar dari hasil
kajian muzik yang melegenda ini. Pietschnig dan kawan-kawannya
mengumpulkan semua pendapat dan penemuan para ahli berkaitan kesan muzik
Mozart terhadap tingkat intelegensi seseorang. Mereka membuat
penyelidikan yang melibatkan 3000 partisipator, hasil penelitiannya
adalah; 'tidak ada stimulus atau sesuatu yang mendorong peningkatan
kemampuan inteligensi seseorang setelah mendengar muzik Mozart. '
Tim
penyelidik dari Jerman yang terdiri daripada saintis, ahli psikologi,
ahli falsafah, pendidik, dan ahli muzik juga mengadakan penelitian
serupa, mereka mengumpulkan berbagai literatur dan fakta mengenai kesan
mozart ini. Dan hasil penelitiannya; 'Sangat tidak mungkin mozart boleh
membuat seorang anak menjadi genius.'
Howstuffwork
sebuah laman web yang terkenal memaparkan bahawa muzik klasik seperti
karya mozart tidak akan membuat seseorang lebih bijak. Dalam situsnya,
masalah ini dimasukkan sebagai salah satu point dalam artikel yang
bertajuk; '10 mitos tentang otak. '
Bahkan Dr
Frances Rauscher, seorang penyelidik yang terlibat dalam kajian di
Universiti California di Irvine-yang melahirkan istilah "Mozart Efect" -
yang telah menjadi kontroversi dalam komuniti saintifik ini juga
menyatakan bahawa mereka tidak pernah mendakwa itu benar-benar membuat
orang pintar, tetapi hanya meningkatkan prestasi pada tugas-tugas
spasial-temporal tertentu.
Sekarang
kita mengetahui bahawa muzik Mozart-dan sebenarnya semua muzik yang
mempunyai alunan nada yang menenangkan (kecuali musik dangdut
sepertinya-red) - hanya diyakini dapat menimbulkan kesan psikologi
seperti ghairah, tenang atau damai. Dan keadaan psikologi ini memang
positif dalam merangsang pertumbuhan sel otak. Psikolog Rose Mini
menambah bahawa yang paling penting bukan musiknya, namun ketenangan
yang didapati oleh seorang ibu yang kemudian disebarkan kepada si bayi
sejak dalam kandungan.

